Minggu, 27 Juli 2014

Hal yang diinginkan Perempuan Sebenarnya

Hal yang diinginkan Perempuan Sebenarnya
Apa yang kaum wanita inginkan sebenarnya ? berikut jawabannya :
jom kita kongsikan...
1. Beramal soleh
Perempuan mahukan seorang lelaki yang beramal soleh. Mereka mahukan lelaki yang tahu menjaga
Rukun Islam, menunaikan solat lima waktu sehari semalam, berpuasa di bulan Ramadhan,
menunaikan zakat, dan sentiasa menjaga batas-batas pergaulan di antara lelaki dan perempuan.
Mereka juga mahukan lelaki tersebut tidak melakukan perkara-perkara yang diharamkan dalam
2. Bersikap adil
Yang kedua, perempuan mahukan lelaki yang bersikap adil. Ianya adalah seperti bersikap adil dengan
anak-anak, ibu bapa, ibu dan bapa mertua, adik beradik dan rakan-rakan. Sesetengah lelaki hanya
mementingkan diri mereka sahaja dan tidak menghiraukan pasangan mereka. Mereka lebih
mendahulukan keluarga mereka sendiri tanpa mengambil kisah ahli keluarga pasangan mereka.
Perempuan tidak suka lelaki yang bersikap begini.
3. Bertanggung jawab
Lelaki perlu mempunyai sikap yang bertanggung jawab. Tidak kisah samada lelaki itu sudah
berkahwin atau pun tidak, dia perlu bertanggung jawab atas setiap apa yang telah dilakukan. Jika
dia ada buat salah, dia perlu bertanggung jawab atas kesalahan yang dilakukan itu. Jika dia ada
anak, dia perlu bertanggung jawab memberikan nafkah kepada anak-anaknya. Janganlah berlepas
tangan dan membiarkan pasangan anda begitu sahaja.
4. Bertolak ansur
Perempuan juga inginkan lelaki yang tahu bertolak ansur. Ada sesetengah lelaki yang tidak ambil
peduli langsung perasaan pasangan mereka. Apa yang mereka tahu, perempuan perlu ikut cakap
suami. Jangan cakap banyak. Tetapi itulah kesilapan yang sering berlaku. Mereka tidak mahu
bertolak ansur dan mendengar pendapat dan cadangan dari perempuan.
5. Ikhlas
Seorang lelaki perlulah iklas dalam perhubungan mereka. Janganlah mereka rasa diri mereka
terpaksa untuk menyayangi seseorang. Untuk memastikan sesebuah perhubungan itu kekal,
seseorang lelaki itu haruslah mempunyai niat hati yang ikhlas untuk berkawan, berkenalan, dan
berkahwin dengan perempuan yang ingin dikahwini.
6. Ingin dimanja
Perempuan mahukan lelaki yang pandai memanjakan diri mereka. Anda pun tahu bahawa perempuan
ini memang mempunyai perwatakan yang manja. Oleh itu mereka sangat suka jika anda dapat
memanjakan diri mereka dengan cara anda tersendiri.
7. Kasih sayang
Apa maknanya cinta tanpa adanya kasih dan sayang. Perempuan akan merasakan dirinya berada
dalam hati seorang lelaki apabila lelaki dapat memberikan kasih sayang dan menyayangi mereka
dengan sepenuh hati.
8. Kejujuran
Jujurlah dalam berpasangan. Ianya adalah sangat penting dan sangat dititik beratkan oleh
perempuan. Hati perempuan akan remuk apabila lelaki yang mereka sayangi mempunyai perempuan
lain di belakang mereka.
9. Kepercayaan
Perempuan inginkan kepercayaan dari seorang lelaki. Mereka tidak mahu lelaki berprasangka buruk
dan fikir yang bukan-bukan tentang dirinya. Berikan kepercayaan kepada pasangan anda agar si dia
dapat memberikan kepercayaan pula kepada anda.
10. Kesetiaan
Apa gunanya jujur kalau tidak setia. Anda perlu setia dengan pasangan anda. Tak usahlah mencari
yang lain melainkan anda melepaskan dulu pasangan anda yang sedia ada. Lebih baik menjaga hati
mereka dengan baik daripada menyakitinya dengan kecurangan anda.
11. Lemah lembut
Perempuan merupakan insan yang penuh lemah lembut. Mereka tidak suka apabila lelaki mengasari
diri mereka. Apabila anda bercakap, bercakaplah dengan lemah lembut dan romantik. Kami percaya
si dia pasti terpikat dengan kelembutan layanan anda pada dirinya.
12. Memahami
Sering berlaku pergaduhan disebabkan perselisihan faham. Perempuan maksudkan yang lain, tetapi
anda menganggap yang lain. Anda perlu faham dengan jelas apakah yang mereka inginkan dari anda.
Apabila mereka merungut, tidak bermaksud si dia menyalahkan diri anda. Tetapi si dia ingankan
anda mendengar luahan hatinya.
13. Memimpin
Seorang lelaki perlu pandai memimpin. Setelah berkeluarga, lelakilah yang akan memimpin keluarga
tersebut. Jika anda tidak pandai memimpin pasangan anda, siapa lagi yang dapat si dia berikan
kepercayaan untuk memimpinnya ke syurga Allah?
14. Mempunyai pekerjaan
Bukan bermaksud perempuan adalah insan yang materialistik. Tetapi mereka inginkan kepastian
dalam hidup mereka. Mereka mahukan lelaki yang mempunyai pekerjaan supaya mereka dapat
bergantung harap dan mempunyai makan dan minum yang mencukupi seperti ketika si dia dijaga
oleh bapanya sebelum diijab kabulkan dengan anda.
15. Perhatian
Yang seterusnya, perempuan inginkan perhatian dari anda. Apabila mereka mula bercakap, mereka
inginkan anda mendengar apa yang mereka katakan. Mereka mahukan anda memberikan perhatian
sepenuhnya kerana mereka hanya dapat meluahkan perasaan dan terlepas dari kesedihan apabila
anda dapat mendengar luahan hati mereka dengan teliti.
16. Perlindungan
Perempuan adalah insan yang lemah. Mereka tidak kuat dan mereka memerlukan pertolongan dan
perlindungan dari anda. Sebagai seorang lelaki, anda haruslah menjaga dan melindungi pasangan
anda daripada sebarang bahaya, ancaman dan memberikan tempat tinggal untuk si dia berteduh dan
berlindung.
17. Rajin
Apabila sudah berkahwin nanti, jangan hanya membiarkan isteri anda melakukan segala kerja rumah.
Jadilah seorang suami yang rajin dengan bersama-sama membantu dan menolong si dia dalam
mengemas rumah, menyiram pokok bunga, basuh pinggan mangkuk, dan sebagainya. Mereka sangat
suka apabila mempunyai seorang lelaki yang rajin membantu mereka membuat kerja-kerja harian di
rumah.
18. Romantik
Dan akhir sekali, perempuan inginkan lelaki yang romantik. Mereka sukakan lelaki yang pandai
mengambil hati mereka seperti membuat kejutan pada hari ulang tahun perkahwinan, ulang tahun
kelahiran atau pada hari-hari yang anda rasakan perlu. Dan perempuan sukakan hadiah. Apa kata
anda berikan si dia hadiah sempena ulang tahun kelahiran si dia nanti....
RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL...

tag :
apa yang diinginkan cewek
hal yang diinginkan cewek dari cowok
apa yang cewek suka
tipe cowok yang disukai cewek
menjadi cowok yang disukai cewek

Tidak ada komentar:

Posting Komentar